Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

26 February 2011

kita yang dulu

bisikan yang lalu
jelas terngia sehari-hari
kata rindu itu
tidak berganjak walau seinci
siang ke malam
tidak sekali berhenti
rindu yang mengikut
tiap sudut pasti ketemu

di balik helaian buku
terselit sepucuk surat
rindu yang tertera di sana
cukup membingitkan
terpukul aku kisah dulu
lantas bayangan kita muncul
cerita kita yang tergantung
buat aku jadi rindu

biarkan tanpa kesudahan
nyata kini
laluan tidak lagi sama
harungi sahaja apa adanya
jangan pernah dikesalkan
kenangan kita biar tersimpan
jangan diungkit
biarkan
antara kita tamat cerita

♥ ~ kita yang dulu