Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

08 February 2011

kamu


kamu
hanya kamu
berjalan dalam benar fikiran
siang malam asyik ke hulu ke hilir
buat aku mencari tanpa jemu

hanya kamu
asyik melompat di tepian
dari pagi hingga ke petang
buat mata tidak jemu memandang

hanya kamu
asyik menari di bayangan
setiap detik tanpa penat
hadir mengamit rindu semalaman

hanya kamu
menyanyi berdondang sayang
buat aku terbuai rindu
ingin menari berpimpin tangan

hanya kamu
senyum manis tanpa jemu
buat hatiku tersentuh malu
senyuman indah yang sering aku rindu

hanya kamu juga
hidup ini hangat dan terisi
sejuta rasa yang sedang aku alami
buat diriku tidak sabar menanti esok hari

kerana kamu
aku merindu di sini
menjadi perindu tanpa henti
tanpa jemu merindu tiap hari

09.02.2011 : 12.50 pm
comic_comot