Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

25 February 2011

Itu yangku mahu

atas nama cinta
kita berkongsi segala rasa
kenyataan yang nyata
kita masih mencari bahagia
walau kita terlalu berbeda
walau antara kita punya jurang yang berbisa
walau jarak sering memisahkan kita
walaupun begitu hakikatnya
aku tetap bersyukur kerana punya cinta
tidaklah aku tamak
ingin miliki segalanya hingga ada yang kecewa
tidaklah aku tamak
ingin memiliki banyak cinta dalam satu masa
cukup sekadar punya kamu
memadai buatku
kerana dirimu melengkapkan hari-hariku
cukup ada cinta kamu untukku

itu sahaja yang inginku mahu ♥ ~