Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

09 February 2011

kita yang merindu

rindu itu
rindu yang tidak pernah berlalu
saban hari mengetuk pintu hatiku
mengapa sering aku merindu
kerana rindu aku tidak menentu
siang malam hatiku sayu
pagi petang jiwaku sendu
betapa seksa menanggung rindu
andai mampu kau dengar rinduku
pasti kau kesal biar aku merindu

dalam tak sedar
kau menyeksa tanpa sentuhan
cukup dalam meninggalkan kesan
membiar aku terkapai sendirian
di laut kasih yang kita agungkan
hingga aku merintih belas kasihan
agar kau tidak lagi meninggalkan aku sendirian

aku mengerti
cukup memahami situasi
engkau tidak pernah berniat menyakiti hati ini
sedaya upaya kau cuba memberi tanpa henti
kerana terhad kita saling bersembunyi
di sebalik awan kelabu kita berlari
dalam samar cahaya kita menyayangi
percaya jodoh itu pasti kembali
buat kita yang saling menyintai

10.02.2011 : 11.23 am
comic_ comot ~ ♥