Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

10 February 2011

benci rindu

benci dengan rindu
tapi kita selalu merindu
rindu tiap waktu
rindu yang tidak pernah berlalu

benci bila merindu
kerana rindu kita sendu
asyik merindu kita sayu
merindu buat kita pilu

mengapa perlu ada rindu
asyik merindu
sering merindu
dan merindu tanpa jemu

wahai rindu
jarakkan dirimu dengan diriku
jangan hampiri aku
kerana aku sengsara bila punya kamu
rindu, merindu dan asyik merindu
menyeksa jiwaku (~_-)