Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

09 February 2011

bisikan rindu

Kerana panggilan rindu
dikau ingin ketemu
cukup bingit jeritan itu
hingga buat dikau terkedu
segera ingin datang berjumpa denganku
dari jauh aku terus menyeru
namamu tidak lekang diseru
aku akan menunggu
dan terus menunggu
andai kau benar dengar jeritan rinduku itu
pasti kau datang tanpa mengira waktu
sungguh aku merinduimu

10.02.2011 : 11.00 am
comic_comot