Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

13 February 2011

kita yang berbeda

kita tidak sama
cerita kita berbeza
kita tidak serupa
hidup kita berbeza
kita tidak sekata
jalan kita berbeza
kita tidak serasa
jalan kita berbeza

cukup berbeza antara saya dan dia
simpang hidup berlain derasnya
laluan hidup berliku tidak rata

kerana itu
biarkan sahaja saya
jangan ungkit kisah saya
jangan cerita tentang saya
jangan lagi pernah tanya saya

kerana
saya sedih
saya terluka
saya cukup terasa

comic_comot ✿ ~