Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

23 February 2011

benci yang merasuk

andai esok kita ketemu kembali
tinggal sisa yang terbagi
tidaklah ingin aku beri
akan aku simpan di sudut yang sepi
jangan kau tagih
kerana tidak sekali akan aku bagi
bukan engkau lagi di hati ini
kerana dirimu buat aku benci
benci dan benci sekali