Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

26 February 2011

kata kamu

tangan ini
digenggam erat sekali
kau bilang tidak mahu kehilangan lagi
walau esok belum pasti punya hari
kau tetap ingin berjanji

katamu
tidak akan tinggalkan aku sendiri
yang dulu jangan lagi dipeduli
kita mulakan segalanya di sini
menyusun langkah menghadapi hari-hari

♥~ renungan penuh erti