Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

18 March 2011

sambut tanganku

saat aku terkapai
kau datang dekat beri semangat
penuh ikhlas
perlahan tanganku hulur
kau pandang jauh ke dalam
memahami situasi
mencari pengertian di balik wajah

saban hari kau temani aku di sisi
menguatkan semula semangat
yakin dan tenang hadapi
satu persatu langkah kau tunjukkan
tanpa penat dan jemu kau perhati dari jauh
hingga aku temui simpang untuk di tuju

terima kasih
lengkap hariku kerana kamu
walau aku bukan milikmu
kau beri aku sandar pada bahu
kau beri aku tangisi sendu di tepimu
kau beri aku ruang kasih dalam sepiku
kau dakap aku tika aku perlu

hadirnya dikau amat bermakna
beri seribu hikmah
mengisi ruang kosong hari-hari
cukup indah

♥ ~ kasihmu menambat hatiku