Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

20 March 2011

kau dan aku

kau dan aku
telah ditakdirkan bertemu
dengan tiba-itba kita saling jatuh cinta
ini suratan atau kebetulan
kita perlu hadapi kenyataan
antara kita telah punya jurang yang berbeza

kau dan aku
saling merindu setiap masa
tanpa ketemu kita saling berbicara
dari kejauhan rasa cinta bangkit semula
hingga aku hampir terlena
kerana asyik merasai sisa cinta yang ada

kau dan aku
mungkinkah bersama semula
mengukuhkan jalinan kasih mesra
yang dulu pernah hilang dek arus masa
kini bertaut setelah kian kalinya

♥ ~ kau dan aku punya rahsia