Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

22 March 2011

kekalutan

dalam penantian
aku banyak berdiam
dalam kebingungan
aku hanya merintih
andai penat aku berjalan
berhenti seketika di tepian jalan
mana tujuan aku berkira
belum pasti yang mendatang
kerana hari ini masih terkapai
esok atau lusa saling berganti
yang mungkin aku berdiam dirikan lagi
mengapa ?
usah ditanya
pasti hatiku tiada jawapan untuknya
berikan masa
bersama waktu kanku hitung
berlalu dan lebih tabah dari semalam

♥ ~ kekeliruan buat aku memilih untuk berdiam