Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

08 March 2011

aku bisa sendiri

keihklasanmu kini aku ragui
mengapa, jangan ditanya
kerana kamu buat aku bisa menari sesuka hati lagi
rajukku tersembunyi
tidak sekali akan aku mengakui
biar sendiri aku layani
kerana kamu buat aku terasa hati
sejak bila? lewat kelmarin
tidak perlu lagi ditanya
kerana aku tidak akan menjawabnya
dibiarkan saja hati ini menangis sendiri
esok hari pasti tiada tangisan lagi
akanku ubat luka sendiri

tanpa kamu
aku masih bisa berdiri
jangan lagi peduli
pergilah dikau sejauh mungkin
sedia sudah aku melangkah pergi
hadapi hari-hari tanpa kamu di sisi
walau luka itu pasti
aku telah sedia hadapi
hanya tinggal saat menanti
biarkan saja cinta itu berlalu pergi
aku ingin seorang diri

♥ ~ aku bisa sendiri