Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

20 March 2011

perajukku yang comel

si dia yang perajuk
buat aku terkulat memujuk
terguris sikit pasti merajuk
berhari tidak makan dek pujuk

si dia yang perajuk
buat aku tercari teknik memujuk
agar terlerai segera rajuk
biar tersenyum selepas dipujuk

rajuknya minta dipujuk
manja sungguh bila dipujuk
tanpa rajuknya aku merajuk
kerana rindu lihat dia merajuk

♥ ~ rajuk manjanya