Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

16 March 2011

lalang itu aku ??

aku seperti lalang?
ke kanan ke kiri tanpa henti
melentok ikut angin
apa benar aku sama lalang?
oh tidak !!
aku bukan lalang
untuk makluman, aku adalah aku
dalam diam tanpa suara
dengan bisu aku berkata-kata
tidak terdengar oleh sesiapa
kerana ia rahsia jiwa
bisikan aku bukan untuk sesiapa
untuk diri sendiri sahaja
maaf yea...

♥ ~ lalang petang