Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

29 March 2011

maafkan diriku

sayang,
terima kasih kerana memaafkan keterlanjuranku
berhari lamanya dikau berdiam diri
hingga hatiku kejang tidak dipeduli
sakitnya tidak terucap tika hadapi

sayang,
diriku tahu engkau begitu terluka
dan hatimu remuk dek keterlanjuranku
memang layak untuk dikau marahi aku
tapi janganlah begitu lama rajukmu

sayang,
kasihku yang tersedia untukmu tidak bercabang
sehala dan tiada dua di kiri dan kanannya
hanya kamu, tiadalah yang lain
berikan ruang hatimu untuk percayaiku

sayang,
tiada had waktu untuk kita lebih mengenali
sepanjang zaman kita boleh terus saling memahami
pegangkan segala apa yang telah dijanji
berikan masa untuk kita saling buktikan janji diucapi