Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

08 March 2011

jahatnya kamu

rindu itu mengundang kamu
dalam bebayang hadir tanpa kata
buat aku yang hampir terlena terjaga
menatap wajahmu yang kelam penuh tanda tanya
mengapa datang tapi membisu
mengapa hadir dalam samaran itu
barangkali tiada keihklasan dari hatimu
kehadiranmu hanya ingin menjenguk aku
atas simpati mungkin
bukan kerana kasih seperti yang aku terpikir
jahatnya kamu andai benar tiada kasih buatku
setelah apa yang telah kita lalui
sungguh kamu tidak sayang sama aku?
apa benar kasih kamu hanya simpati pada aku?
huiks !!
jahat,
benci sama kamu
jangan lagi bilang rindu padaku

♥ ~ xmo kawan kamu lagi