Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

23 March 2011

hatiku berbunga lagi

hari ini kan, penat sekali, dari perbuatan hingga apa yang difikirkan, letih yang amat, hingga sendu berulang, hingga hampir mengeluh panjang.

tapi kan, nasib baik sekali, pokok yang sering saya berteduh, memanggil dengan mesra, diberi saya teduhan yang cukup sempurna, hingga tiada tempias terik mentari kena di muka.

kini kan, sendu saya tiada lagi, ceria saya kembali seperti pelangi, dengan panggilan si pokok tadi, buat hati saya sayu sekali dan terasa bahagia dihujung jari.

saat ini kan, saya tukar cara berpuisi, sudah 2 hari hati menangis sepi, dan kini saya mula dengan ceria yang ada di hati, syukur sangat2 kerana saya masih disayangi.

wahai pokok yang rendang, terima kasih kerana memberi teduhan, inginku bina sebuah pondok vistana, di bawah renekmu yang tenang, pasti hari-hariku penuh kasih sayang.

♥ ~ hatiku berbunga lagi