Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

18 March 2011

terima seadanya

aku tertanya-tanya
tika sendiri di kamar semalam
fikiran jauh melayang merewang

mengapa aku sering rasakan
engkau tidak jujur padaku
kau hadir bila rasa aku perlu
lantas kau berlalu
diam tanpa cerita
sembunyi hingga hilang dari radar

kau sering memberi harapan
membiar aku khayal dengan impian
kemudian kau cipta landasan
entah punya hentian aku persoalkan

dan aku juga merasa
kau hulurkan tangan kanan
tapi di kirimu punya tanggungan
bukan aku tamat suruh kau lepaskan
tidak...
bukan itu yang aku harapkan
tapi mungkinkah di kanan ini kau abaikan
kerana kiri itu telah lama digenggaman

hmmm.. ??
sengaja aku tinggalkan tanda soalan
kerana takut buat andaian
dan tidak berani pandang jauh ke depan
kerana bimbang apa yang aku andaikan menjadi kebenaran

♥ ~ aku menerimamu seadanya