Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

14 March 2011

cemburumu

semalaman kita berbicara
tentang janji dan setia
kau asyik syak wasangka
cepat benar terasa
dan sering menuduh tanpa usul periksa
kerana cemburumu
aku berdiam tanpa kata

tahukah dikau
cemburu sedikit tanda sayang
dan semua orang merasakannya
tapi cemburu banyak
cinta boleh melayang
kerana asyik berburuk sangka

jadi tempiaskan cemburumu
kawal rasa cemburu itu
jangan biar ia merasuk jiwa

♥ ~ kerana sayangku hanya pada kamu