Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

08 March 2011

sayang kamu

segalanya di sini
kasih bertaut
rindu terbayang
cinta tersimpul

ada juga di sini
kecewa yang hiba
sedih yang pilu
benci yang tersembunyi

apa pun yang ada di sini
kita berkongsi rasa
serasa kita lahirkan
sejenak kita bercerita
sekilas kita berkata tanpa suara

terima kasih teman
kerana anda buat saya cukup bahagia
terima kasih kawan
kerana kamu buat saya sering ceria
terima kasih sahabat
engkaulah segalanya

♥ ~ sayang sama kamu dan kamu semua