Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

21 March 2011

bila benci


kerana kau
aku begini
hadapi saat getir sendiri
jalani sesaat tanpa pasti
lalui lorong gelap bersembunyi

kerana kau
aku menjadi benci
benci pada diri sendiri
benci pada apa yang sedang aku hadapi
benci pada bahagia yang aku miliki
benci pada ceria yang aku rasai
benci pada keliling yang menguasai
dan benci pada kau kerana buat aku begini
kerana benci aku menangis sendiri

✿ ~ bila benci itu hadir sendiri