Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

02 March 2011

katakan sahaja

katanya rindu
tapi asyik diam membisu

katanya sayang
tidak juga bilang mahu ketemu

aku bingung
mentafsir apa maksud katanya

aku kaget
mengharap kasih pada dia

jadi bagaimana?
harus aku berdiam !!
atau
segera sahaja aku mencarinya

♥ ~ ngomong saja kalau mahu