Bukan Siapa-siapa

My photo
Kubingkiskan bait bagi mengubat hati yang resah. Seperti melakar di helaian jingga dalam mewarnai perasaan tersimpan. Diiringi melodi berdondang merdu membuai rasa sebak yang terpilu. Lihat paparan dada langit biru, itulah ketenangan impianku. Yang sesekali didatangi gerimis nakal yang menjenguk rebah. Membangkitkan aku dari lena kelam yang tak sudah. Dan aku pelajari detik hitam sebagai langkah mencari diri aku yang sebenar

02 March 2011

panggilan rindu

saat rindu mengetuk jendela
aku terleka mengenang
fikiran entah jauh melayang
sayup-sayup jauh kedengaran
jelas yang tidak
tatkala rindu tidak dipedulikan
jeritan mulai memecah kesunyian
terkejut aku seketika
nyaring sungguh suaranya
lantas segera kujenguk
hampa
tiada pun orangnya
hanya bayu rindu sahaja
dititipkan rindu itu buatku rupanya
mengeluh aku sedikit kecewa

♥ ~ rindu itu aku usung semula